Powered by Blogger.

نحلة حياة

I Write From Heart




Usai subuh pagi itu ,
Perlahan tangan mencapai ,
Naskah Cinta dari Sang Pencipta ,
satu-persatu halaman bermukjizat itu
kubelek rambang ,
hati tergerak untuk berhenti di Surahtul Hasyr ,

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih,Maha Penyayang.

"Dan orang-orang yang telah menempati kota Madinah dan telah beriman (Anshor) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka (Anshor) 'mencintai' orang yang berhijrah kepada mereka (Muhajirin). Dan mereka (Anshor) tidak menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (Muhajirin); dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan. Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang orang yang beruntung"

Meneliti sirah,
Allahu Akbar ,
Alangkah besarnya cinta Golongan Ansar kepada Golongan Muhajirin,
Melebihkan sahabat daripada diri mereka sendiri,
Inilah itsar,
rukun tertinggi dalam ukhuwwah.
Dengan itsarlah Rasulullah membentuk
sahabat-sahabat baginda,
mereka rela berkorban demi melihat sahabat senang.
Disebabkan itsar,
mereka mampu bersatu,
memenangi satu demi satu peperangan,
dalam sejarah perjuangan.
Menakluk satu-persatu,
kuasa besar dunia pada saat itu,

***

Di medan Yarmouk,
seorang lelaki cedera parah,
dengan darah mengalir deras,
"Air,Air,Air"
lemah dia meminta.
lantas datang seseorang
menghulurkan air kepadanya,
baru  ingin menyuakan air ke mulut,
terdengar sahabat di sebelah merintih,
kesakitan dan kehausan,
"Berikan air ini kepadanya,kerana dia lebih memerlukan"
lalu air itu terus diberikan kepada sahabatnya itu,
sahabat itu hampir sahaja meminum air
apabila terdengar sahabat lain mengerang kesakitan,
"Berikan air ini kepadanya , dia lebih memerlukan"
Kisah ini berakhir dengan ketiga-tiga mereka, syahid kerana mengutamakan sahabat yang lebih memerlukan.

***



Allah.
Para sahabat Rasulullah telah membuktikannya.
Giliran kita pula untuk merealisasikannya.
Bersahabat bermatlamatkan syurga.
Bagaimana itu ?

Prinsipnya mudah,
Jika sahabat kita ingin terjun ke neraka,
kitalah yang harus menariknya ke syurga.
Dalam erti kata lain,
Jika sahabat kita memilih jalan-jalan
yang membawa kepada kemaksiatan,
maka kitalah yang harus menasihatinya,
menyedarkan dia serta
menjemputnya untuk kembali ke pangkal jalan.

Kadang payah,
Kadang lemah,
Namun itulah harga yang harus kita bayar,
Demi matlamat 'Bersama ke Syurga'.
Jangan pernah putus asa,
Allah tak pernah mungkir janji.
Ingatlah,
Persahabatan itu amanah,
Akan ditanya apakah usaha kita untuk memenuhinya.


Wallahua'lam.


p/s : Buat sahabat yang aku cintai fillah , Moga Ukhuwwah ini sampai syurga !




Share
Tweet
Pin
Share
No comments



Kita sebagai manusia merupakan makhluk terbaik yang dicipta oleh Allah di dunia ini. Allah subhanahu wataala telah mengakui perkara ini sebagaimana dalam firmanNya yang bermaksud:

“Sesungguhnya kami ciptakan manusia itu sebagai sebaik-baik kejadian” (At-Tin : 6)

Buktinya, kita dikurniakan akal untuk berfikir serta membezakan di antara hak dan yang batil.Akan tetapi manusia seringkali terlupa, leka dan lalai dengan keindahan dunia yang sering mengaburi mata. Lantas kita terlalu mudah melakukan kesilapan. Ada kalanya kesilapan yang dilakukan memberi impak yang besar dalam hidup, sehingga menyukarkan lagi keadaan. Adakalanya kesilapan yang kita lakukan itu merupakan kesilapan yang sama. Kita tahu, tapi kita tidak berhati-hati sehingga menyebabkan kesilapan itu diulang dan terus diulang.
Hakikatnya,p erkara seperti ini tidak sewajarnya wujud dalam diri seorang islam apatah lagi seorang mukmin. Rasulullah salallahu alaihi wasallam sendiri telah menceritakan tentang salah satu perihal mukmin di dalam sabda baginda,

“Seorang Mukmin itu tidak akan jatuh ke dalam lubang yang sama dua kali”

Hadis ini jelas menggambarkan bahawa orang-orang yang mempunyai iman yang mantap dan keyakinan yang tinggi kepada Allah subhanahu wataala tidak akan sewenang-wenangnya bertindak tanpa berfikir. Hal ini kerana,mereka akan sentiasa berhati-hati ,mengambil iktibar dari setiap perkara yang berlaku,seterusnya tidak akan mengulangi kesilapannya kerana dia tahu kesilapan itu akan memberi impak yang mampu merosakkan hidupnya.

Oleh itu,dalam usaha untuk memiliki iman yang mantap dan I’tiqad yang kukuh, jangan kita ulangi lagi kesilapan lalu. Belajar dari kesilapan. Jadikan pengalaman sebagai pengajaran. Yang berlalu biarkan berlalu, yang mendatang tempuhi dengan cemerlang. Ingatlah,Orang yang beriman itu, tidak jatuh lama. Dan tidak akan rebah di tempat yang sama.

Wallahua'lam.

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

About Me

My photo
Farhah Taj
Dungun, Terengganu, Malaysia
26 | Student Of Al-Azhar University | A Goal Digger | Obsess in Beauty & Health | Founder Of The Fabulous Legacy
View my complete profile

Categories

  • Mukmin

Facebook

Blog Archive

  • ▼  2012 (2)
    • ▼  December 2012 (2)
      • The Bonds Of Love
      • Mukmin : Kesilapan Itu Pengajaran.

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes